Jawapan untuk Farouk A.Peru (bag.1)

Jawapan untuk Farouk A.Peru (bag.1)
(Seorang Quranis hebat di Malaysian Quranic Education Society)

“Ingatlah diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal di sisi Allah adalah (perkara yang sangat) besar.” [QS. An-Nur: 15]

Ketika membaca komen-komen Farouk, kami temukan berisi tuduhan dan kedustaan pada orang lain. Jangan sampai tuduhan yang kita lontarkan telah beranak-pinak dan berpindah dari mulut ke mulut, tapi ternyata tidak satupun tuduhan itu terbukti.

Farouk A.Peru : Kalau smayang itu detail dan tepat, takkan ada 4 mazhab dengan style berbeza. Tambah pula geng si Humaira Al-Fawzaniyyah pulak yang tak bagi smayang belakang Imam Sunni.

Jawapan dan sanggahan terhadap ucapan Farouk di atas :

Benarkah Salafiyyin tidak dibenarkan solat dibelakang Imam Sunni? [1]

Ucapan ‘Farouk ada beberapa isu yang dibangkitkan. Pertama, 4 mazhab saling berbeda dalam solat dan tidak senada dan seirama. Kedua, geng si Humaira Al-Fawzaniyyah’ ini diajukan kepada golongan Salafiyyin. Adakah benar dakwaan Farouk terhadap kami?

Ketahuilah sebenarnya perbezaan-perbezaan yang wujud antara ajaran-ajaran Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang 4 dalam fiqh ini hanyalah perbezaan kecil yang melibatkan hal-hal cabang, iaitu furuqiyyah. Ia bukanlah perbezaan yang melibatkan urusan aqidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan antara mazhab muncul atas beberapa sebab yang sememangnya sukar untuk dielakkan, seperti beza tafsiran terhadap sesuatu dalil, atau beza anggapan terhadap kekuatan sesuatu hadis dan sebagainya. Oleh kerana itu, jikalau kita menyimak kitab-kitab sejarah para sahabat dan generasi-generasi selepas mereka, kita akan dapati mereka saling solat berjemaah sesama mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa hal furu’ sesama mereka sendiri.

Ucapan Farouk ini seperti ucapan orang-orang Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar. Padahal sikap Salafiyyin kepada golongan yang tidak melakukan bi’dah mukaffirah seperti Syiah Itsna ‘Asyariyyah An Nashiriyyah adalah mereka yang memegang kepada Kitabullah dan As Sunnah dan tidak dikafirkan.

Seorang Imam Salafy, Abu Utsman Ash-Shobuny-Rahimahullah-berkata dalam membantah orang-orang Khawarij yang senang mengkafirkan para pelaku dosa besar :”Ahlus Sunnah meyakini bahawa seorang mu’min sekalipun melakukan dosa yang banyak, baik itu dosa kecil maupun besar, maka ia tidak kafir kerananya. Sekalipun ia meninggal dunia tanpa bertaubat darinya, sedangkan ia mati di atas tauhid dan ikhlas. [2]

Hal serupa juga ditegaskan oleh Imam Ath-Thohawy-Rahimahullah- ketika mengungkapkan aqidah ahlussunnah terhadap pelaku dosa, kecil maupun besar : “Kita tidak mengkafirkan seorang pun dikalangan ahli kiblat (kaum muslimin) kerana suatu dosa sepanjang ia tidak menghalalkannya.” [3]

Tidak ada satu fatwapun dari para ulama Salafiyyin yang melarang mengikuti Imam Sunni dalam solat berjemaah malah sebaliknya.

Syaikh Abdul Muhsin Muhsin Al-A’bbaad –hafizhahullah-: Seseorang mengikuti Imam didalam masalah-masalah khilafiyyah ( yang masih diperselisihkan oleh para ulama)…Dia harus mengikut imam, dan tidak boleh memisahkan diri atau meninggalkan solat belakang orang yang berqunut. Jika seseorang memandang bahawa amalan itu tidak sejalan (dengan sunnah) atau dia berpendapat bahawa perkara itu bid’ah sedangkan lain berpendapat bahawa itu sunnah; dalam kondisi seperti itu dia tidak boleh meninggalkan solat dibelakang orang yang berbeda pendapat dengannya saat dia mengamalkan apa yang dia (imam) yakini.” [4]

Syaikh Rabee’ Al-Madkhaly hafizhahullah- : Jika imam solat berqunut, qunutlah bersamanya, bersalahannya imam dengan makmum walaupun makmum memandang solat imam tidak sah dalam mazhabnya tetapi ia sah menurut imam ini, solatlah belakangnya, Rasulullah –Sallallahu ‘Alaihi wasallam- telah memerintahkan agar solat dibelakangnya sabda beliau : (Mereka solat untuk kamu, jika mereka betul maka bagi kamu dan bagi mereka jika mereka salah maka bagi kamu dan atas mereka.))

Ibnu Taimiah mempunyai kata-kata: ((Hendaklah engkau solat dibelakang imam walaupun jika engkau khilaf dengannya tentang sesuatu, engkau dapati yang dia lakukan batil, solatnya tidak sah, tetapi dia (imam) memiliki usul, dalil, padanya sah, maka solat dibelakangnya walaupun padamu tidak sah. Melainkan engkau yakin dia tidak berwudhu, dia kata kepadamu ; aku tidak berwudhu, aku solat tanpa wudhu. Maka solatnya batil pada mazhabnya dan mazhabmu.))

Banyak lagi fatwa ulama-ulama Salafiyyin yang berbunyi sedemikian. Iaitu tidak melarang solat dibelakang Imam yang berpegang atau taklid kepada sesebuah mazhab. Jika imam itu seorang ahli bid’ah, dan bid’ah yang dilakukan adalah bid’ah mukaffirah (yang mengeluarkan pelakunya dari Islam), maka tidak boleh solat di belakangnya. Adapun jika bid’ah yang dilakukan oleh imam adalah bid’ah yang bukan mukaffirah (ertinya tidak sampai mengkafirkan pelakunya), seperti solat dibelakang orang merayakan Maulid Nabi, maka boleh dan sah solat di belakang imam itu.

Alhamdulillah, kami salafiyyin adalah orang yang paling menghormati orang-orang yang ada di atas kami dari kalangan ulama. Sebab kami tahu benar ucapan dan nasihat para salaf agar menghormati para ulama:

Melecehkan Ahli hadis dan ulama merupakan di antara tanda dan ciri khas ahli bid’ah yang menyimpang. Imam Abu Utsman Isma’il bin Abdurrahman Ash-Shobuni –Rahimahullah- berkataL

“Tanda-tanda bid’ah para pelakunya sangat jelas. Tanda mereka yang paling jelas : adalah sengitnya permusuhan mereka terhadap pembawa-pembawa hadis Nabi- Sallallahu ‘Alaihi wasallam [5], merendahkan mereka…” [6]

Muhammad bin Ismail At-TIrmidzy-Rahimahullah- berkata: “Dulu saya pernah bersama Ahmad bin Al-Hasan berkata kepada beliau : [Wahai Abu Abdillah, Orang-orang di Mekah menyebutkan aibnya para ahli hadis kepada Ibn Qutailah. Lalu Ibnu Qutailah pun berkata: “Ahli hadis itu adalah kaum yang jelek”]. Maka Imam Ahmad pun bangkit berdiri dan mengirapkan pakaiannya seraya berkata : [“Zindiq…zindiq..zindiq!!!] sampai beliau masuk rumah.”

Ahmad bin Sinan Al-Qoththan –Rahimahullah-berekata: “Tak ada sesuatu yang paling berat dan dibenci oleh orang-orang mulhid daripada mendengarkan hadis dan meriwayatkannya beserta sanad”.

Abu Hatim Muhammad bin Idris Ar-Rozi –Rahimahullah-, seorang Imam Ahlis Sunnah di zamannya pernah berkata: “Ciri khas ahli bid’ah adalah (suka) mencela ahli hadis.” [7]

Inilah adab yang sentiasa dijaga Ahlis Sunnah, iaitu sentiasa menjaga dan menghormati para ulama, serta tidak merendahkan mereka.

Di dalam Islam kita diajarkan agar sentiasa menjaga adab-adab sopan santun sesama muslim. Tidak merendahkan dan mencela seorang yang dianggap pewaris Nabi-Sallallahu Alaihi wassalam-[8]. Mereka telah mengorbankan waktu waktu, tenaga dan harta demi mengumpulkan hadis-hadis agar ajaran agama Islam ini tetap abadi. Mereka berjalan mencari hadis-hadis Rasulullah-Sallallahu Alaihi wasallam- dibawah matahari dan tidak mengenal siang-malam, terkena hujan demi menjaga syari’at ini sehingga kita menikmati dan mempelajarinya pada hari ini seakan kita belajar di depan Nabi-Sallallahu Alaihi wasallam dan mendengarkannya secara langsung, tanpa bersusah payah.

Apakah dengan segala pengorbanan tersebut dalam mencari hadis, lalu Farouk and the Gang (Quranis yang lain dalam Malaysian Quranic Education Society) berani dan lancang mencela dan merendahkan mereka dengan berkata:”saya tak perlu ahli hadis dan ulama. Kami tidak mahu ulama-ulama dan perawi-perawi yang membawa cerita dongeng. Mereka itu mengambil hadis dari makhluk dan orang-orang mati, serta kitab-kitab kuno sedangkan saya mengambil hadis langsung dari Allah. Ilmu kami lebih luas dibandingkan dari ulama itu.” Sungguh ini merupakan sikap kesombongan dan bongkak!!

Apakah kata Imam Ahmad-Rahimahullah- terhadap mereka yang mengaibkan ulama hadis? [“Zindiq…zindiq..zindiq!!!]

Wallahu Waliyyu at-taufiq.

Footnotes
————————————————————————————————

[1] Golongan-golongan yang mengambil syariat dari Al-Qu’ran dan As-Sunnah dalam pengertian yang lebih luas yang bukan dari kalangan Salafiyyin : iaitu golongan Sunni secara umum.

[2] Aqidah As-Salaf, hal. 82, cet. Dar Al-Minhaj

[3] Syarah Al-Aqidah Ath-Thohawy Ash-Shogier, hal 60, karya Syaikh Albany cet. Al-Maktab AL-Islamy.

[4] 14 Contoh Praketek Hikmah Dalam Berdakwah, hal.144

[5] Pembawa hadis-hadis Nabi –Sallallahu ‘Alaihi wasallam- : maksudnya aalah para ahli hadis.

[6] Aqidah As-Salaf Ashhabil Hadis hal. 109, tahqiq Abul Yamin Al-Manshury hafizahullah, cet. Dar Al-Minhaj

[7] Ar-Risalah fi I’tiqod Ahlis Sunnah wa Ashhabil Hadis wa Al-A’immah, hal 109-110, dengan tahqiq Abul Yamin Al-Manshury Hafizhahullah. Ucapan keempat ulama di atas kami nukilkan dari kitab ini. Bagi pembaca yang ingin mengenal aqidah Ahlis Sunnah, bacalah kitab ini.

[8] HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (3641-3642), dan At-Tirmidzi dalam As-Sunan (2683 – 2684). Lihat Tahqiq Adab Al-Isyrah (hal. 56)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s