Jawapan kepada Malaysian Quranic Education Society terhadap syubhat Hadis Kencing Unta. (Bag. 2)

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.” – [ al-Baqarah: 2/78 ].

Syubhat yang sering dilontarkan yang menjadi bahan ejekan Farouk A.Peru and the Gang di group MQES adalah hadis yang digelar ‘Hadis Kencing Unta’ oleh mereka.

Hadisnya seperti berikut:

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

Cuaca Madinah tidak sesuai untuk beberapa orang, maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh mereka mengikut pengembala untanya dan untuk mereka minum susu dan kencing unta tersebut.

Maka mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka.

[ Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibn Majah dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza-beza tetapi dengan pengajaran yang sama, iaitu disuruh minum susu dan air kencing unta sebagai ubat. Di atas adalah lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5686 (Kitab Tibb, Bab Berubat dengan air kencing unta). ]

Mereka berkilah bahawa hadis ini diada-adakan kerana ia ‘ABSURD’, tidak masuk akal yang waras. Mungkin dari perspektif mereka tidak sesuai dengan ’21st century sensibilities’ mereka, menjijikkan dan membuat mual siapapun yang meminumnya?

Jawapan kami :

Mengapa Farouk and the gang merasa hairan dengan pengubatan itu? apakah ia tidak tahu bahawa orang-orang yang diberikan resepi ubat itu oleh Nabi telah sihat kembali dari sakitnya setelah mereka meminumnya?

Kami juga ingin mengatakan kepada Farouk A.Peru and the Gang (ahli-ahli MQES) : hadis ini bukanlah mengharuskan, yakni tidak wajib hukumnya bagi orang yang terserang penyakit busung air untuk meminum resepi dari Nabi yang dapat menyembuhkannya itu. Seperti halnya daging kadal yang tidak diharamkan bagi Nabi untuk memakannya, namun beliau tidak mahu memakannya. Nabi bersabda: “Kadal itu tidak ada dikampung halamanku, dan aku pun tidak menyuakinya.” (Hadis Muttafaq alaih)

Namun tidak semua orang merasa jijik atau tidak suka dengan ubat yang diresepikan oleh Nabi itu, kerana disamping keberkesanan, ubat itu juga lebih murah dari ubat-ubat lain yang sangat mahal, kerana hanya untuk mengganti cairan yang kurang dari tubuh saja mereka harus merogoh kocek. Dan tentu bagi mereka yang tidak mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak itu, dan menganggap bahawa ubat yang diresepikan oleh Nabi lebih baik daripada rasa sakit yang dideritanya atau lebih baik dari jarum suntik yang mengerikan, maka rasa jijik itu tidak akan berpengaruh baginya.

Penelitian keilmuan yang dilakukan oleh fakulti Kedokteran Al-jazirah Sudan, telah membuktikan keberhasilan air seni unta untuk mengubati berbagai penyakit pada sejumlah orang di kabilah Bathanah, Sudan bagian timur. Di antara penyakit yang berhasil disembuhkan adalah busung air, demam, dan luka. Pembaca boleh mendapatkan maklumat dari fakulti tersebut.

Adapun persoalan tentang najisnya kencing unta, para ahli fiqh mengatakan bahawa berdasarkan hadis di atas, dibolehkan minum air kencing daripada binatang yang halal dimakan dagingnya. Ia tidak lagi dipandang sebagai najis.

[ Dalam bab ini ada beberapa pendapat dan semuanya telah dikupas oleh al-Syaukani dalam Nail al-Authar (terj: Hadimulyo & K. Suhardi; CV. asy-Syifa’, Semarang 1994), jld 1, ms 101-108. ]

Hadis yang menjelaskan tentang air kencing unta itu merujuk kepada sekumpulan musafir yang sakit, lalu mengadu kepada Rasulullah. Maka, daripada perkara ini, kita dapat memerhatikan satu “qariinah”(petunjuk) yang jelas: Hadis itu TIDAK membawa maksud, kita disuruh menjadikan air kencing unta sebagai “minuman rasmi” atau “minuman adat” kita seperti Pepsi atau Coca Cola atau air kosong. Penggunaan air kencing unta mengikuti petunjuk yang berada di dalam hadis ini khusus untuk penggunaan perubatan ketika ‘dharuurah’ atau keterdesakan sahaja. Maka, ini tergolong dalam Bab “Berubat Dengan Menggunakan Benda-benda Haram”. Adakah dibolehkan atau tidak. Jawapannya dibolehkan ketika dharuurat.

Seperti mana Allah menjelaskan di dalam al-Quran pengharaman makan bangkai, daging khinzir dan darah, tapi Allah membenarkan kita makan semua itu apabila keadaan berubah kepada “dharuurah” atau keterdesakan. Maka, perkara yang najis, kotor, dan jijik pun Allah benarkan kita makan ketika ‘dharuurah’, yakni ketika dibimbangi berlakunya kebinasaan jiwa dan kematian, ketika tidak ada lagi makanan lain yang boleh dimakan dan ditakuti seseorang itu akan mati kebuluran.

Maka, tidakkah dihalalkan makan benda najis seperti babi, bangkai dan darah yang disebutkan dalam firman Allah itu serupa dengan dibenarkan berubat dengan “air kecing unta” yang juga merupakan najis ketika keadaan mendesak atau dharuurat?

Wallahu a’lam bish shawab.

Rujukan : http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.sg/search/label/Penjelasan%20tentang%20hadis%20sahabat%20meminum%20air%20kencing%20unta

One thought on “Jawapan kepada Malaysian Quranic Education Society terhadap syubhat Hadis Kencing Unta. (Bag. 2)

  1. agak nya mereka pn x tahu tentang lalat masuk dalam minuman…kena rendm sampai hujung bekas baru buang kerana ini juga ubat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s